Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-10
berita.rtm.gov.my
HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,9 Ogos- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM26.22 bilion berbanding RM30.22 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM22.45 bilion daripada RM19.28 bilion.
Terdahulu,bank pusat itu menawarkan tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.
BNM turut menyemak tender Murabahah semalaman daripada RM19.6 bilion kepada RM22.5 bilion.
Pada 4.00 petang,bank pusat melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM26.2 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM22.5 bilion,kedua-duanya bagi wang tiga hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 7 Ogos,2024 -BERNAMA