Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

2024-08-13     berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,12 Ogos- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM23.25 bilion dalam sistem konvensional dan RM23.14 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik,terdiri daripada tender bernilai RM3.5 bilion untuk 31 hari dan RM1 juta untuk 92 hari.

Ia akan turut menjalankan tender repo berbalik Islam bernilai RM230 juta untuk 31 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM27.8 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM23.4 bilion.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.