Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-14
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto FB Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR,14 Ogos- Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada 300 keluarga di Ulu Tiram dan Gelang Patah,pada Selasa.
Menerusi hantaran di Instagram Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim memaklumkan sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengurus Kanan YSIJ,Shah Reza Md Kanafe.
Hadir sama,Pegawai Daerah Johor Bahru,Datuk Asman Shah Abd Rahman dan Penghulu Kanan Pejabat Daerah Johor Bahru,Mohd Sany Mohd.
Penerima sumbangan,Subramaniam Folia,berusia 64 tahun menzahirkan rasa gembira dan bersyukur menerima sumbangan bakul makanan.
“Ini bukan pertama kali saya menerima sumbangan daripada YSIJ,pada tahun lalu ada menerima sumbangan semasa Deepavali."
“Sumbangan ini sangat bermakna kepada saya sekeluarga,” katanya kepada Royal Press Office (RPO).
Subramaniam yang kehilangan kaki kiri sejak tujuh tahun lalu akibat penyakit kencing manis,hanya bergantung harap daripada pendapatan isteri dan anaknya.