Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-14
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,13 Ogos- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan lebih tinggi pada sesi tengah hari di tengah-tengah prestasi bercampur-campur asas pasaran tunai.
Pada rehat tengah hari,kontrak Ogos 2024 dan September 2024 masing-masing meningkat 3.5 mata kepada 1,612.50 dan 1,5794.00,manakala Disember 2024 bertambah 2.0 mata kepada 1,598.0 dan Mac 2025 melonjak 4.5 mata kepada 1,585.50.
Jumlah dagangan sebanyak 4,235 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 43,566 kontrak.
Pada pukul 12.30 tengah hari,FBM KLCI naik 0.05 mata atau 0.003 peratus kepada 1,606.71 daripada 1,606.66 pada penutup Isnin.- BERNAMA