Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-14
berita.rtm.gov.my
HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,13 Ogos - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan sebanyak 235,032 pendaftaran ahli baharu pada separuh pertama 2024 menjadikan jumlah keahlian terkini kepada 16 juta.
Daripada jumlah itu,8.6 juta merupakan ahli aktif mewakili 50 peratus daripada 17.15 juta tenaga buruh Malaysia.
Bagi tempoh sama pendaftaran majikan baharu berjumlah 37,284.
Jumlah caruman yang diterima meningkat daripada RM50.48 bilion pada separuh pertama 2023 kepada RM57.35 bilion separuh pertama 2024.
Dalam pada itu Skim i-Saraan KWSP mencatatkan jumlah caruman RM1.61 bilion daripada 330,196 pencarum.
Ia mencerminkan peningkatan 103 peratus daripada RM789.3 juta dan peningkatan 56 peratus daripada 211,361 pencarum tempoh sama tahun lalu.