Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-15
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Allahyarham Meriam Ahmad,ibu kepada Muhammad Sanusi Md Nor
ALOR SETAR,15 Ogos-Ibu kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB),di sini,hari ini.
Pejabat Menteri Besar Kedah dalam kenyataan memaklumkan Allahyarham Meriam Ahmad meninggal dunia pada pukul 9.40 pagi.
Solat jenazah dan pengebumian dijangka diadakan di Sik,petang ini.
Sebelum ini media melaporkan Allahyarham menerima rawatan di ICU HSB sejak Isnin.
Allahyarham yang berusia 74 tahun dipercayai mengalami serangan jantung ketika berada di rumahnya di Sik,dan ditidurkan sejak Isnin.