Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-15
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Datuk Bandar MBS,Datuk Masri Razali (kanan) pada majlis pelancaran penggunaan kamera badan oleh penguatkuasa MBS di Seremban.
SEREMBAN,15 Ogos- Majlis Bandaraya Seremban (MBS) melancarkan penggunaan kamera badan dalam usaha memastikan ketelusan,integriti dan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang.
Menurut Datuk Bandar MBS,Datuk Masri Razali,penggunaan kaedah itu juga antara prosedur tangani aduan.
'Selalu banyak aduan daripada pengadu tentang operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan melibatkan isu integriti dan sebagainya. Jadi apa pun saya rasa dengan adanya penggunaan kamera badan ini ia dapat mejawab segala aduan yang kita rasa boleh kita beri jawapan secara jelas dan nyata dengan bukti lebih kukuh," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan penggunaan kamera badan oleh penguatkuasa MBS di sini.
Masri berkata MBS merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama menggunakan teknologi itu di Negeri Sembilan.
MBS menyediakan 12 unit kamera badan untuk kegunaan penguatkuasa sepanjang tugasan atau ketika operasi penguatkuasaan terancang.