Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-16
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA SELANGOR,15 Ogos- Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam di sini pada pukul 6.45 petang tadi.
Terdahulu jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Puncak Alam untuk disolatkan sebelum dibawa semula menaiki van jenazah dan tiba di tanah perkuburan berkenaan pada pukul 6.15 petang.
Pengebumian jenazah penyanyi dan pempengaruh berusia 23 itu dihadiri ahli keluarga dan sahabat handai.
Abang sulung kepada Allahyarham,Muhammad Nidza Irfan,33,ketika ditemui berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan terperinci bagi merungkai kes kematian adiknya itu.
"Di sebalik reda dengan pemergiannya,kami sekeluarga sudah pasti akan merindui gelak tawa dan gurauan arwah," katanya.
Terdahulu,mayat Muhammad Nidza Afham yang ditemukan di Sungai Klang petang semalam selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Shah Alam pada pukul 3.00 petang.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Muhammad Nidza Afham mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).- BERNAMA