RISDA perlu cari alternatif, perkasa teknologi dalam pengeluaran lateks - Zahid

2024-08-16     berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto FB Menteri

GUA MUSANG,15 Ogos- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) digesa mencari alternatif bagi menyediakan teknologi baharu berhubung pengeluaran susu getah atau lateks kepada pekebun kecil.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,ketika ini Malaysia agak ketinggalan dalam persaingan pengeluaran lateks dunia.

Ia berikutan kos pengeluaran agak tinggi menyebabkan pengilang-pengilang dalam negara terpaksa mengimport lateks dari negara pengeluar getah yang lain.

Justeru,negara terpaksa membelanjakan RM6 bilion bagi tujuan tersebut.

“Kita berazam untuk mengeluarkan lateks kita sendiri dan kita menjadi pemain industri,pengeluar lateks dan getah dunia. Dahulu,kita pernah menjadi pengeluar terbesar dunia tetapi kedudukan kita berada pada peringkat yang agak rendah sekarang. Ini kerana akibat kekurangan tenaga kerja untuk pengeluaran lateks dan pengeluaran hiliran bahan-bahan getah."

"Arahan saya pada RISDA,supayamesti ada satu kaedah atau teknologi baharu dalam pengeluaran getah. Oleh yang demikian,kita berazam Malaysia mampu mengambil alih sebagai pengeluar getah dunia," kata Zahid dalam ucapannya.

Beliau berucap pada Program Hari Terbuka RISDA Peringkat Negeri Kelantan di Kala Star,Gua Musang,hari ini.

Hadir sama,Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Nasution Ismail danKetua Pengarah RISDA,Zainal Azni Zulkifli.

Dalam pada itu beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata pelbagai usaha sedang dilakukan antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di mana RISDA dan Kementerian Perladangan dan Komoditi bekerjasama rapat dalam membantu para pekebun kecil RISDA menerusi program tanam semula secara berfasa.

Sehingga kini,RISDA mempunyai lebih 400,000 hektar tanah dan penanaman semula perlu dilakukan secara berfasa,juga pemulihan kepada penyakit yang menyerang pokok-pokok getah berkenaan.

Agensi berkenaan perlu memberi fokus kepada aktiviti hiliran berikutan negara mula berkurangan pengeluaran balak.

"Alternatif boleh diambil melalui penggunaan kayu getah sebagai bahan utama pengeluaran perabot berkualiti," tambah Zahid.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.