Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-16
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pusat Kovensyen Antarabangsa,Putrajaya menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA),dihadiri lebih 10,000 penjawat awam dari seluruh negara
PUTRAJAYA,16 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir ke Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 di Pusat Kovensyen Antarabangsa,di sini.
Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Majlis itu dihadiri lebih 10,000 penjawat awam dari seluruh negara.
Sebanyak 32 reruai agensi dan kementerian turut dibuka menyediakan pelbagai perkhidmatan.
MAPPA ke-19 merupakan platform untuk Perdana Menteri berkongsi amanat dan dasar kerajaan dan ini adalah penganjuran semula selepas kali terakhir diadakan pada Ogos,2022.