Fri Dec 20
Niaga hadapan emas ditutup rendah
2024-08-16 berita.rtm.gov.my HaiPress
Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,15 Ogos- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah berikutan dolar Amerika Syarikat (AS) mengukuh hari ini.
Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Ogos 2024 merosot kepada US$2,480.90 setiap auns troy daripada US$2,485.90 setiap auns troy sewaktu ditutup semalam.
Sementara itu,September 2024,Oktober 2024,November 2024,Disember 2024 dan Februari 2025,masing-masing ditutup rendah kepada US$2,484.60 setiap auns troy daripada US$2,489.60 setiap auns troy sebelumnya.
Bagaimanapun,jumlah dagangan meningkat kepada 75 lot daripada 48 lot semalam manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 91 kontrak daripada 60 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada US$2,456.70 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 14 Ogos 2024. - BERNAMA