Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-18
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,18 Ogos- Kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri Nenggiri merupakan petanda positif sokongan rakyat terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil berkata prestasi baik dan usaha ditonjolkan Kerajaan Perpaduan,kini berjaya membuka mata pengundi untuk memilih calon yang tepat bagi mewakili mereka.
Kemenangan 'bergaya' BN dengan majoriti besar itu juga menjadi isyarat jelas mengesahkan sokongan rakyat terhadap pentadbiran ketika ini.
"Saya percaya ini satu titik yang cukup bersejarah. Belum pernah kita lihat terutama dalam siri Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini,jumlah yang begitu tinggi."
"Majoriti yang cukup membanggakan,cukup jelas membuktikan bahawa kerajaan dan rakyat memahami usaha dan ikhtiar kerajaan. Mereka mula merasai apa yang kerajaan pusat,kerajaan perpaduan lakukan," kata Fahmi kepada pemberita di ibu negara,hari ini.
Beliau berharap kerjasama baik antara gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan dapat mengekalkan momentum 'gelombang perpaduan' menjelang PRK DUN Mahkota.