Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-18
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto: IPD Arau
KANGAR,18 Ogos - Seorang penuntut Kolej Komuniti Arau maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok jati di Jalan Kuala Perlis-Changlun dekat Arau,pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata polis menerima maklumat pada 8.15 pagi mengenai kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah Kuala Perlis menghala ke Kolej Komuniti Arau.
Beliau berkata siasatan awal mendapati penuntut lelaki kolej itu berumur 19 tahun yang memandu kereta dipercayai terlelap menyebabkan kenderaan hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pokok di bahagian kiri jalan.
Ahmad Mohsin berkata ekoran kemalangan itu,penuntut perempuan berusia 18 tahun yang merupakan penumpang hadapan kereta berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata pemandu dan seorang lagi penuntut perempuan berumur 18 tahun yang berada di bahagian tempat duduk belakang mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah Kangar.- BERNAMA