Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-18
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,16 Ogos- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat menjejaki prestasi kukuh niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX).
Pada penutup dagangan,kontrak bulan semasa Ogos 2024 meningkat kepada US$2,484.30 setiap auns troy daripada US$2,480.90 setiap auns troy sewaktu ditutup semalam.
September 2024,Oktober 2024,November 2024,Disember 2024 dan Februari 2025 masing-masing ditutup tinggi kepada US$2,488.0 setiap auns troy daripada US$2,484.60 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan melonjak kepada 90 lot daripada 75 lot semalam manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 135 kontrak daripada 91 kontrak.
Harga emas fizikal berada pada US$2,446.65 setiap auns troy berdasarkan penetapan harga Persatuan Pasaran Jongkong London pada 15 Ogos.- BERNAMA