Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-19
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,19 Ogos- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives positif pagi ini,menjejaki kenaikan dalam kadar asas pasaran tunai.
Pada pukul 9.25 pagi,Ogos 2024 menambah 7.0 mata kepada 1,625.0 dan September 2024 naik 7.5 mata kepada 1,606.0 manakala Disember 2024 dan Mac 2025,masing-masing meningkat 6.5 mata kepada 1,612.0 dan 1,598.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,761 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,520 kontrak.
Pada pukul 9.48 pagi,FBM KLCI naik 2.40 mata kepada 1,626.30 daripada 1,623.90 pada Jumaat lepas.- BERNAMA