Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-20
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Insiden perahu karam di Sungai Kayan
LUNDU 20 Ogos- Tiga pelajar sekolah menengah dikhuatiri hilang dalam insiden perahu karam di Sungai Kayan pagi ini.
Mangsa dikenal pasti sebagai Helana Fahsa Petrus,16,Vilkie Wilson,15 dan Alsma Jathil,14.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak,Henderi Ardimansyah,ketika dihubungi RTM berkata usaha mengesan ketiga-tiga mangsa masih giat dijalankan dengan bantuan orang kampung.
Ketika kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi,perahu yang menjadi 'teksi sekolah' itu membawa seramai 20 orang pelajar dan sebuah motosikal.
Bomba juga tidak menolak kemungkinan perahu terbabit mungkin telah membawa lebih muatan yang mengakibatkan ia karam.