Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-22
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Projek sistem perparitan bernilai RM20 juta di Desa Wira,di Kuching dijangka siap dalam tempoh 20 bulan
KUCHING,22 Ogos - Projek sistem perparitan bernilai RM20 juta di Desa Wira,di sini dijangka siap dalam tempoh 20 bulan.
Timbalan Premier Sarawak,Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata pembinaan kolam tadahan banjir yang ketiga di kawasan Batu Kawa iaitu Desa Wira,dilaksanakan bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku.
Beliau berkata,Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memulakan proses bagi projek tersebut.
Sebelum ini,dua kolam tadahan banjir telah diluluskan dengan yang pertama telah mula dibina melibatkan kos RM19.88 juta manakala kolam tadahan banjir kedua pula,akan dibina di kawasan komersial Pine Square bernilai RM22.5 juta.
Kedua-dua projek tersebut dijangka siap pada 2026.