Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-22
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,22 Ogos - Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Khamis dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM38.90 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam RM16.44 bilion.
Pada hari ini,bank pusat itu akan menawarkan satu tender repo berbalik RM510 juta bagi tempoh 33 hari dan tender repo berbalik Islam RM300 juta untuk 32 hari.
BNM juga telah mengumumkan ketersediaan perjanjian repo berbalik,jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4 petang,bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM40.4 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM16.8 bilion. -BERNAMA