Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-24
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Lokasi kejadian tanah mendap di hadapan Malayan Mansion,Jalan Masjid India
KUALA LUMPUR,24 Ogos- Peniaga di kawasan kejadian mendapan tanah di Jalan Masjid India bersedia mengosongkan premis sekiranya diarahkan pihak berkuasa.
Bagaimanapun ketika ini kesemua peniaga di lokasi berkenaan dalam keadaan berjaga-jaga.
Seorang peniaga Al Amin Abd Karim yang ditemui RTM berkata,kejadian pada pagi semalam mencetuskan kebimbangan.
"Saya memang rasa takut dengan kejadian semalam,sebab kejadian berlaku dekat dengan kedai. Keadaan itu memang menakutkan saya," katanya.
Bagi Kansanesan Rajoo pula,dia risau berikutan kejadian berkenaan.
"Saya juga rasa takut,dan menggunakan laluan selamat di kawasan ini," katanya
Sementara itu kerja-kerja pengalihan batu-batu besar bawah tanah sedang dilakukan bagi memastikan kelancaran proses menyelamat.
Semalam seorang wanita warga India dikhuatiri terperangkap dalam kejadian mendapan di hadapan Malayan Mansion,Jalan Masjid India.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita berkenaan diteruskan hari ini yang memasuki hari kedua.