Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-24
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Bungkusan kecil dipercayai dadah,dilekatkan pada motosikal seorang lelaki dalam perjalanan memasuki Singapura
JOHOR BAHRU,24 Ogos- Polis sedang menyiasat kes tular di media sosial semalam,memaparkan seorang lelaki menemukan bungkusan kecil dipercayai dadah,pada motosikalnya semasa dalam perjalanan memasuki Singapura.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner (ACP) Raub Selamat berkata,lelaki bekerja sebagai pengimpal itu,membuat laporan polis,pada semalam.
"Penunggang berumur 35 tahun itu menyedari terdapat bungkusan bawah kotak motosikalnya,pada pukul 6.41 pagi,ketika hendak mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Majidee,Johor Bahru.
"Terdapat dua biji pil berwarna merah di dalamnya,sebelum bungkusan itu dibuang di sekitar kawasan stesen minyak," kata Raub.
Bagaimanapun selepas laporan dibuat,polis gagal mengesan bungkusan tersebut di lokasi kejadian namun siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek terlibat.