Kadar kebolehpasaran TVET meningkat kepada 97.4 peratus tahun Ini

2024-08-24     berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto RTM

KUALA LUMPUR,24 Ogos - Kadar kebolehpasaran bagi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mencatatkan peningkatan kepada hampir 97.4 peratus berbanding 94.5 peratus pada tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata peningkatan tersebut merupakan hasil kolaborasi antara pemain industri dan institusi TVET,yang menjadikan TVET sebagai alternatif terbaik untuk melahirkan tenaga mahir yang memenuhi kehendak pasaran.

"TVET kita jadikan sebagai agenda yang merentasi kaum dan juga warna politik. Kita merasakan TVET adalah satu ekosistem pendidikan yang baharu di mana kita mahu guna tenaga di negara kita ini berada dalam situasi penuh guna tenaga.

"Dari segi peluang pekerjaan memang banyak,tetapi industri memerlukan pekerja-pekerja yang berkemahiran. TVET adalah jawapannya untuk menyediakan kursus-kursus yang berkaitan dengan industri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau Program Ekplorasi TVET di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.