Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-24
berita.rtm.gov.my
HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,23 Ogos- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional menyusut kepada RM36.38 bilion daripada RM38.21 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam menokok kepada RM18.90 bilion daripada RM18.38 bilion.
Terdahulu,bank pusat itu menawarkan masing-masing dua tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.
Pada 4.00 petang,BNM menawarkan satu tender pasaran wang konvensional bernilai RM36.40 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM18.90 bilion,kedua-duanya bagi wang tiga hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.01 peratus setakat 22 Ogos,2024. -BERNAMA