Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-26
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
KUALA LUMPUR,26 Ogos- Ahli Parlimen Lembah Pantai,Fahmi Fadzil mahu agensi terlibat membuat pemetaan utiliti bawah tanah terutama di Lembah Pantai.
Ia bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.
"Satu dari segi apa disebut sebagai pemetaan utiliti atau utiliti mapping dan kebiasaannya kebanyakan daripada kejadian tanah jerlus ini melibatkan yang saya sebut tadi pergerakan air dalam kuantiti yang banyak.
"Maka,bagi saya sebagai seorang Ahli Parlimen di kawasan Kuala Lumpur memandangkan banyak utiliti sebenarnya telah dipasang sekian lama. Kalau di Jalan Abdullah sejak tahun 1940-an,maka wajar untuk kita lakukan siasatan yang lebih menyeluruh dan meneliti aspek-aspek penyelenggaraan bagi saliran-saliran utiliti tersebut.
"Datuk Bandar tempoh hari memaklumkan beliau belum menerima lokasi-lokasi tertentu kemungkinan berlaku kejadian tanah jerlus. Tapi,insya-Allah saya percaya setelah beliau menerima maklumat ahli-ahli parlimen di Kuala Lumpur akan diberikan maklumat tersebut",katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Pentarama dan Kelab Malaysiaku sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai,di sini,hari ini.