Niaga hadapan FBM KLCI dibuka kebanyakannya rendah

2024-08-26     berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,26 Ogos- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya rendah pagi ini walaupun prestasi kadar asas pasaran tunai positif.

Pada pukul 9.30 pagi,Ogos dan September 2024,masing-masing merosot 2.5 mata kepada 1,639.0 dan 1,620.0 serta Disember 2024 berkurangan 1.0 mata kepada 1,626.0.

Bagaimanapun,Mac 2024 naik 3.5 mata kepada 1,617.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,992 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 46,927 kontrak.

Pada pukul 9.50 pagi,FBM KLCI naik 2.27 mata kepada 1,638.01 daripada 1,635.74 pada Jumaat lepas.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.