Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-27
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR,27 Ogos- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada tujuh perwakilan Malaysia ke luar negara pada Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan kepada Bakal Ketua-ketua Perwakilan Malaysia ke Luar Negara di Istana Negara,hari ini.
Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu dilantik ialah Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Mohd Tarid Sufian; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam Datuk Mohd Aini Atan dan Duta Besar Malaysia ke Sweden Sarimah Akbar.
Turut menerima watikah pelantikan ialah Duta Besar Malaysia ke Qatar Faizal @ Mohd Faizal Razali dan Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin.
Penerima watikah pelantikan lain ialah Duta Besar Malaysia ke Peru Ahmad Irham Ikmal Hisham dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh Mohd Shuhada Othman.
Hadir sama pada istiadat berkenaan ialah Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri,Datuk Seri Amran Mohamed Zin