Bomba bantu individu terkandas banjir kilat

2024-08-28     berita.rtm.gov.my HaiPress

Tangkap layar video menyelamat individu terkandas banjir kilat di Kedah pagi tadi yang dikongsi Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba Malaysia Official)

PADANG MATSIRAT,28 Ogos- Seorang individu yang terkandas dalam kejadian banjir kilat di Rumah Pam,di sini,Kedah pagi tadi berjaya diselamatkan oleh bomba.

Bomba telah dihubungi mengenai kejadian pada pukul 6.35 pagi dan menggerakkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Matsirat ke lokasi bersamajenteraFRT serta kenderaan RRV.

"Kedalaman air sedalam dua kaki telah menjejaskan laluan masuk ke lokasi.

"Seorang mangsa telah dipindahkan oleh pasukan bomba ke tempat yang lebih selamat," menurut kenyataan hari ini.

Menerusi video dikongsi Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menunjukkan seorang individu dipimpin oleh dua anggota bomba ketika meredah air banjir yang kelihatan agak deras.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.