Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-28
berita.rtm.gov.my
HaiPress

FOTO JBPM
KOTA SAMARAHAN,28 Ogos- Seekor buaya ditemukan dalam longkang di Kampung Sungai Buluh,Sadong Jaya,di sini,Sarawak,petang semalam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan berhubung kejadian oleh penduduk pada pukul 3.55 petang.
Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya diketuai Komander Operasi,Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Nor Aini Usop digerakkan ke lokasi kejadian.
Buaya yang berjaya ditangkap oleh pasukan bomba itu dibawa ke BBP Asajaya atas faktor keselamatan penduduk sebelum diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sarawak hari ini untuk tindakan selanjutnya.
