Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-28
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM),Adnan Zaylani Mohamad Zahid (empat,kiri) bergambar bersama sebahagian syarikat insurans hayat yang mengambil bahagian semasa pelancaran inisiatif i-MULA 50 / Foto RTM
KUALA LUMPUR,28 Ogos - Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) melancarkan inisiatif i-MULA 50 bagi meningkatkan perlindungan insurans rakyat di negara ini.
Melalui inisiatif tersebut,sebanyak 11 syarikat insurans hayat akan menyediakan pelan perlindungan mampu milik dengan subsidi RM50 untuk setiap polisi,yang diberikan secara sekali bayar.
Ketua Pegawai Eksekutif LIAM,Mark O'Dell berkata subsidi itu diberikan kepada pembeli pertama kali menggunakan peruntukan Dana Pakej Insurans Permulaan (SPIF) berjumlah RM5 juta.
Katanya,inisiatif bertujuan untuk mengukuhkan komitmen peserta industri terhadap pembangunan industri insurans hayat yang dinamik serta menyokong usaha perlindungan sosial kerajaan.
Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Gabenor Bank Negara (BNM),Adnan Zaylani Mohamad Zahid.
Pelindungan insurans di bawah i-MULA 50 merangkumi manfaat kematian,hilang upaya menyeluruh dan kekal,penyakit kritikal,perbelanjaan perubatan,serta pendapatan hospital.