Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-08-28
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,28 Ogos- Keuntungan bersih Sime Darby Bhd meningkat lebih dua kali ganda kepada RM3.31 bilion bagi Tahun Kewangan 2024 daripada RM1.46 bilion tahun lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya,Datuk Jeffri Salim Davidson berkata sebahagian besarnya disumbangkan daripadakeuntungan penjualanRamsay Sime Darby Health Care (RSDH).
Keuntungan bersih teras kumpulan meningkat 14 peratus kepada RM1.3 bilion bagi Tahun Kewangan 2024 disumbangkan keuntungantinggi perniagaan perindustrian di Australiaserta bahagian UMW.
"Keuntungan dari perniagaan Caterpillar di Australia disokong oleh industri perlombongan yang menggalakkan."
"Pasaran automotif Malaysia juga menunjukkan pengukuhan," kata Datuk Jeffri kepada pemberita dalam Taklimat Media Prestasi Tahun Kewangan 2024 secara dalam talian.
Syarikat itu turut mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 10 sen sesaham bagi suku keempat tahun kewangan sama.