Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-03
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Datuk Bandar Alor Setar,Datuk Mohd Yusri Md Daud / Foto RTM
ALOR SETAR,3 September – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mengingatkan semua pihak agar tidak membina Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB) tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu.
Datuk Bandar Alor Setar,Datuk Mohd Yusri Md Daud berkata bermula bulan ini,sebarang cadangan untuk menambah atau mengubahsuai EVCB di kawasan bandaraya perlu mengemukakan permohonan kepada Jabatan Kawalan Bangunan untuk kelulusan.
"Tindakan penguatkuasaan akan diambil jika terdapat sebarang pelanggaran arahan ini," katanya menerusi kenyataan.
Tambah Mohd Yusri,sebarang pertanyaan mengenai EVCB boleh diajukan kepada Jabatan Kawalan Bangunan MBAS di talian 04-7345740.