Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-03
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Standard Chartered menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 3.00 peratus / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,2 September - Standard Chartered menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 3.00 peratus.
Institusi kewangan tersebut menjelaskan jangkaan itu adalah berdasarkan kadar inflasi yang stabil pada bulan Julai,dengan inflasi keseluruhan dicatatkan pada 2.0 peratus tahun ke tahun,manakala inflasi teras berada pada 1.9 peratus tahun ke tahun.
"Menurut laporan terkini,inflasi di Malaysia menunjukkan kestabilan yang baik,dengan angka inflasi yang sederhana ini menunjukkan tanda-tanda yang terhad mengenai impak lanjutan atau penyaluran ketara daripada rasionalisasi subsidi diesel," menurut institusi kewangan itu menerusi kenyataan.
Tambah institusi kewangan itu,kesan yang dijangka terhadap inflasi daripada pemotongan subsidi diesel kekal sederhana,dianggarkan hanya sekitar 0.1 mata peratusan.
Berdasarkan keadaan semasa,BNM dijangka akan mengekalkan OPR pada paras semasa untuk baki tahun ini,walaupun terdapat risiko kenaikan kadar yang lebih tinggi berbanding pemotongan.
BNM juga dijangka akan mengekalkan pandangan bahawa pergerakan nilai ringgit dipengaruhi oleh faktor luaran.