CIMB, YTL naik, dorong Bursa Malaysia kurangkan penurunan

2024-09-03     berita.rtm.gov.my HaiPress

BURSA MALAYSIA

KUALA LUMPUR,2 September- Indeks barometer Bursa Malaysia dapat mengurangkan sedikit penurunan yang dialami lebih awal pada tengah hari Isnin,didorong oleh kenaikan ketara CIMB dan YTL Corp.

Pada 12.30 tengah hari,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.61 mata kepada 1,677.19 daripada 1,678.80 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Indeks itu dibuka 1.56 mata lebih tinggi kepada 1,680.36 dan kemudian bergerak turun naik antara 1,683.43 hingga 1,671.90 sepanjang sesi dagangan pagi.

Keseluruhan pasaran kekal kukuh dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 586 berbanding 455,manakala 434 kaunter tidak berubah,952 kaunter tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.07 bilion unit bernilai RM1.46 bilion.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan menyifatkan penurunan dialami saham mewah adalah disebabkan pengambilan untung yang baik.

Ini susulan kenaikan kukuh berterusan baru-baru ini selepas pelaporan prestasi kewangan korporat dan cuti umum Amerika Syarikat baru-baru ini.

Pada masa sama,beliau berkata data perkilangan China yang mencecah paras terendah dalam tempoh enam bulan pada Ogos,dijangka tidak memberi kesan ketara kepada pasaran ekuiti domestik susulan Indeks Pengurus Pembelian domestik yang stabil.

Kebanyakan pasaran serantau mencatatkan penurunan ekoran pelabur memberi reaksi negatif terhadap data aktiviti kilang China.

Di pasaran tempatan,CIMB terus menerajui senarai saham wajaran tinggi dengan lonjakan 16 sen kepada RM8.36,diikuti YTL yang meningkat 13 sen kepada RM3.03 dan YTL Power pula menambah 12 sen kepada RM4.00.

Sementara itu,Public Bank merosot enam sen kepada RM4.76,Petronas Chemicals turun 11 sen kepada RM5.70 dan Axiata susut sembilan sen kepada RM2.46.

Bagi kaunter aktif,Talam Transform dan TWL masing-masing meningkat setengah sen kepada 3.0 sen,dan MRCB naik enam sen kepada 61 sen,manakala WCT kurang empat sen kepada RM1.02.

Di papan indeks,Indeks FBM Emas naik 11.13 mata kepada 12,495.39,Indeks FBM 70 melonjak 66.12 mata kepada 17,510.04,Indeks FBM ACE menambah 49.53 mata kepada 5,165.62 dan Indeks FBMT 100 bertambah 4.25 mata kepada 12,191.87,manakala Indeks FBM Emas Syariah turun 3.45 mata kepada 12,283.22.

Mengikut sektor,Indeks Perladangan susut 38.40 mata kepada 7,274.79,Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri kurang 1.61 mata kepada 179.79 dan Indeks Tenaga menguncup 5.74 mata kepada 920.96,sementara Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 22.16 mata kepada 19,739.69. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.