Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-04
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto hiasan
MUKAH,4 September - Lelaki warga emas yang hilang selepas terjatuh ke sungai dalam insiden perlanggaran dua perahu panjang di Batang Oya,Dalat pada Isnin lepas ditemukan lemas tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah DalatDSP Saga Chunggatberkata mayat Dos Katiek,81,ditemukan terapung oleh penduduk kampung dan akan dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan selanjutnya.
“Pengecaman mayat Dos oleh keluarganya akan dilakukan apabila mayat sampai di Hospital Mukah,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira 7.20 pagi itu,Dos dilaporkan terjatuh ke dalam sungai setelah perahu panjang yang dikendalikannya berlanggar dengan sebuah perahu panjang lain yang dikemudi seorang guru di lokasi antara Kampung Sua dan Kampung Klid di kawasan itu. - Bernama