Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-07
berita.rtm.gov.my
HaiPress

FOTO JBPM
BUTTERWORTH,7 September- Polis mengesahkan kejadian kebakaran sebuah rumah di Jalan Assumption,Butterworth kelmarin adalah berpunca daripada kebocoran tong gas di rumah mangsa.
Dalam kejadian tersebut,seorang lelaki ditemukan rentung.
Ketua Polis daerah Seberang Perai Utara,ACP Anuar Abd Rahman berkata hasil siasatan,pintu grill hadapan rumah mangsa berada dalam keadaan berkunci semasa kejadian.
Jelasnya,sepupu mangsa yang berada dalam rumah tersebut cuba memadamkan api dengan bantuan penduduk berhampiran,selepas terdengar bunyi letupan.
Api telah berjaya dipadamkan sebaik pasukan bomba dan penyelamat sampai.
Mayat,diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Dalam kejadian pukul 1.28 pagi itu,mangsa Liew Hoong Kwee,55 tahun,ditemui rentung di dalam bilik tidur di rumah terbabit.