Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-08
berita.rtm.gov.my
HaiPress

FOTO APM KULIM
KULIM,8 September- Seramai 39 penduduk daripada 12 keluarga yang terjejas banjir di Kedah masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Sungai Seluang di sini setakat pukul 4.00 petang tadi.
Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan daripada 40 penduduk yang dilaporkan pada tengah hari tadi.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah penduduk di PPS terdiri daripada lapan warga emas,17 dewasa (10 wanita,tujuh lelaki) dan 14 kanak-kanak (tujuh perempuan dan tujuh lelaki).
Kesemua mereka berasal dari Kampung Sungai Seluang Atas dan Kampung Sungai Seluang Bawah,kedua-duanya terletak dalam kawasan Mukim Sungai Seluang.