Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-09
berita.rtm.gov.my
HaiPress

FOTO UKAS TATAU
TATAU,9 September- Pasukan 'Kasihnya Warisan' dinobatkan sebagai Raja Sungai,pada acara kemuncak Regatta Tatau 2024 yang berlangsung petang semalam.
Selaku juara,'Kasihnya Warisan' berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan 'Kueh Brothers Fibreglass' dengan hadiah RM5,000,manakala tempat ketiga turut diungguli 'Kasihnya Warisan'.
Regatta Tatau 2024 yang berlangsung selama dua hari berjaya menarik 97 penyertaan dengan 19 pasukan mengambil bahagian.
Acara yang diadakan sempena Pesta Tatau 2024 turut berjaya menarik lebih 20,000 pengunjung secara fizikal,manakala siaran langsung di Facebook mencatat lebih 150,000 tontonan.
Hadiah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Premier Sarawak,Datuk Sri John Sikie Tayai,yang turut menyempurnakan majlis penutupan.
Di samping itu,acara Power Boat yang bakal berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini akan menyaksikan lebih 200 penyertaan,termasuk pasukan dari Brunei.
Pelbagai acara sampingan turut dianjurkan sepanjang Pesta Tatau 2024,dengan persembahan artis tempatan.