Malaysia sambut Hari TVET sekolah peringkat kebangsaan tahun hadapan

2024-09-09     berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek merasmikan Sambutan Hari TVET peringkat kebangsaan di Dewan SMK Seri Perdana/Foto RTM

KLUANG,9 September - Semua sekolah dalam negara akan menyambut Hari Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sekolah Peringkat Kebangsaan secara serentak,bermula 2 Jun 2025.

Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek berkata,sambutan itu akan melibatkan kira-kira sepuluh ribu sekolah daripada semua jenis sekolah.

Sambutan berperanan menyediakan laluan kerjaya jelas kepada pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional,yang semakin relevan dengan keperluan industri pada masa kini dan masa hadapan.

Ia mampu membina minat pelajar terhadap TVET menerusi pelbagai aktiviti interaktif,seperti pameran,bengkel,demonstrasi,dan pameran teknologi.

Selain itu,Kementerian Pendidikan (KPM) juga komited untuk memperkasa TVET di Johor.

"Program-program TVET di Johor ini akan diperkasa,pada 2027,sebuah KV di Pengerang akan dibangunkan khusus untuk memberi tumpuan dalam industri EV,dan pendekatan lain dalam industri,demi untuk pembangunan TVET negara," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari TVET peringkat kebangsaan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana.

Sebanyak 16 SMK,enam Kolej Vokasional dan enam institusi pendidikan menyertai sambutan itu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.