Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-09
berita.rtm.gov.my
HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,9 September- Pelabur asing muncul pembeli bersih ekuiti tempatan untuk minggu keempat berturut-turut,dengan dana bernilai RM798.3 juta.
MIDF Amanah Investment Bank Bhd berkata,belian bersih direkodkan setiap hari dagangan minggu lepas,dengan aliran masuk tertinggi dicatatkan pada Rabu,berjumlah RM286 juta.
MIDF menerusi laporan aliran dananya memaklumkan,perkhidmatan kewangan,utiliti dan penjagaan kesihatan merupakan tiga sektor teratas yang mencatat aliran masuk asing bersih tertinggi.
Sebaliknya,produk dan perkhidmatan pengguna,produk dan perkhidmatan perindustrian serta teknologi merekodkan aliran keluar asing bersih tertinggi.
Sementara itu,institusi tempatan menjual bersih RM960.5 juta minggu lepas,manakala peruncit tempatan adalah pembeli bersih dengan jumlah dana RM162.2 juta.