Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-09
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTM
KUALA LUMPUR,9 September – Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan bagi memperkasa gerakan koperasi dalam industri Ar-Rahnu dan emas.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA),Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata pihaknya berhasrat untuk meningkatkan bilangan koperasi dalam industri tersebut selain mengembangkan potensinya ke peringkat antarabangsa.
Beliau berkata,pada masa ini terdapat 67 koperasi yang aktif dalam industri Ar-Rahnu dengan penguasaan pasaran sebanyak 20 peratus,bersamaan dengan nilai RM5 bilion.
"Kita mencadangkan untuk meningkatkan penguasaan pasaran,jika tidak 100 peratus,sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah potensi pasaran Ar-Rahnu dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri sesi dialog Hala Tuju Perniagaan Ar-Rahnu dan Emas Gerakan Koperasi,di sini.
Dr. Abdul Fattah turut berharap penubuhan konsortium itu akan membantu koperasi menangani cabaran dalam perniagaan Ar-Rahnu,termasuk keperluan modal untuk pengembangan dan kekurangan tenaga mahir.