Kewangan islam penting dalam merapatkan jurang pembiayaan kritikal

2024-09-11     berita.rtm.gov.my HaiPress

Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah/Foto BNM

LONDON,11 September - Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah bahawa kewangan Islam berpotensi memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang pembiayaan yang kritikal untuk peralihan kepada masa depan yang lebih mampan dan berdaya tahan.

Sebagai Penaung Diraja untuk Inisiatif Kewangan Islam Malaysia,Baginda menyatakan bahawa kewangan Islam,yang berasaskan prinsip etika,kesaksamaan,dan perkongsian risiko yang adil,menawarkan kerangka kerja yang selaras dengan matlamat kemampanan dan menyediakan pelbagai pilihan pendanaan.

Dalam ucapan Baginda di Forum Perniagaan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC)-United Kingdom (UK) 2024,Sultan Nazrin menggariskan bahawa kewangan Islam berada dalam kedudukan strategik untuk mengatasi jurang pembiayaan yang menghalang kemajuan global dan berfungsi sebagai alat yang efektif untuk mengarahkan sumber ke tempat yang paling memerlukan.

Baginda turut memetik laporan Matlamat Pembangunan Kemampanan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),yang menganggarkan negara-negara membangun memerlukan aliran masuk tahunan hampir 4 trilion dolar untuk mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.

Selain itu,perbelanjaan purata tahunan yang diperlukan untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050 dianggarkan sekitar 9.2 trilion dolar.

Ditubuhkan pada tahun 2015,SDG menggariskan 17 matlamat global untuk mewujudkan masa depan yang lebih baik,mampan,dan saksama.

Matlamat utama termasuk memperjuangkan hak asasi manusia,mencapai kesaksamaan jantina,memberdayakan wanita,membasmi kemiskinan,dan menamatkan kebuluran di seluruh dunia.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.