Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-12
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto BERNAMA
SIK,12 September-Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kedah bersedia menghadapi bencana banjir,dengan menyediakan perkhidmatan dan tempat diperlukan.
Menurut Pengarah KEMAS Negeri Kedah,Mohd Ali Hanafiah Abu Hassan,ia susulan cuaca tidak menentu sehingga menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir di negeri tersebut.
Pihaknya akan menyediakan pusat pemindahan sementara (PPS) di bawah agensi tersebut,di seluruh Kedah untuk menempatkan penduduk yang terjejas.
"Kita akan beri kerjasama untuk memastikan penduduk yang terjejas diberikan pertolongan," katanya ketika merasmikan Seminar Kenegaraan Komuniti Kemas Sik 2024 di Dewan Al Hana di sini.
Ia turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Kemas Parlimen Sik,Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim.
Menerusi program yang dianjurkanAkademi Kenegaraan Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama-sama Kemas Sik itu; pelbagai aktiviti diadakan termasuk mewarna,sukaneka,kuiz interaktif kenegaraan dan pertandingan pakaian patriotik.