Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-12
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto RTM
JOHOR BAHRU,12 September-Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) membenarkan kesemua institusi pendidikan Islam berdaftar di sekitar Johor Bahru untuk menutup operasi buat sementara waktu susulan pencemaran bau yang berlaku di beberapa kawasan dalam daerah itu.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor,Mohd Fared Mohd Khalid berkata,kebenaran itu bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku semasa sesi pembelajaran di sekolah.
Antara sekolah terlibat,Sekolah Agama Kampung Maju Jaya,yang ditutup sementara sejak Selasa lalu dan akan beroperasi semula sekiranya keadaan selamat.
Pelajar sekolah terlibat akan menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh sekolah ditutup.
Selain itu,orang ramai di kawasan terjejas dinasihatkan untuk memakai pelitup separuh muka ketika berada di luar rumah.
BERITA BERKAITAN:
Pencemaran bau: Tiga sekolah masih laksana PdPR
Pencemaran bau,NRES tunggu laporan lengkap
Pencemaran bau,tiga sekolah laksana PDPR