Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-13
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Kempen 'Jom Kosong' akan diperluas secara peringkat
KLUANG,13 September - Kempen 'Jom Kosong' yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dengan minuman tanpa gula akan diperluas ke seluruh negara,secara berperingkat.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,Senator Fuziah Salleh berkata,usaha itu akan melibatkan penyertaan lebih ramai pengusaha restoran dan kedai makanan segera,bertepatandengan usaha Kempen Perangi Gula yang dilancarkan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 September lalu.
"Saya sasar yang paling penting saya rasa restoran mamak,sebab ini paling popular. Saya berterima kasih kepada PRESMA (Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia) kerana memberikan kerjasama dalam menyokong kempen ini",katanya dalam sidang media Jelajah Pertama kempen 'Jom Kosong' Peringkat Zon Selatan.
Setakat ini,kempen itu mendapat sokongan kira-kira 14,000 kedai makanan di seluruh negara.