Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-13
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto BERNAMA
JERTIH,13 September- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melanjutkan tempoh operasi pengeluaran pasport dan urusan kaunter perkhidmatan selama tiga jam di seluruh negara bersempena cuti persekolahan pada minggu hadapan.
Pengarah Jabatan Imigresen,Datuk Ruslin Jusoh berkata lanjutan operasi perkhidmatan itu melibatkan 72 pejabat pengeluar pasport di seluruh negara.
Ia sebagai usaha untuk mengatasi kesesakan pelanggan sepanjang musim cuti itu.
"Lanjutan waktu operasi ini akan bermula seawal pada pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam pada Selasa hadapan sehingga Jumaat nanti..bagi Sabtu dan Ahad akan beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 3.00 petang.
"Bagi negeri Johor,Kedah,Kelantan dan Terengganu,waktu operasi yang dilanjutkan sehingga pada pukul 8.00 malam hanya pada Selasa dan Rabu sahaja,minggu hadapan.
"Pada Khamis,operasi pejabat di empat negeri berkenaan akan bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 6.30 petang manakala Jumaat dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Santuni Madani di Kampung La,Hulu Besut.
Tambahnya,pihaknya berbuat demikian selepas berlaku pertambahan permohonan pasport pada tahun-tahun sebelum ini terutama selepas COVID-19.