Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-13
berita.rtm.gov.my
HaiPress

FGV Holdings Berhad (FGV) menegaskan komitmennya terhadap kelestarian dan hak asasi manusia dengan memperkukuh taraf hidup pekebun kecil melalui program sokongan komprehensif / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,13 September – FGV Holdings Berhad (FGV) menegaskan komitmennya terhadap kelestarian dan hak asasi manusia dengan memperkukuh taraf hidup pekebun kecil melalui program sokongan komprehensif,bertujuan meningkatkan pendapatan serta menggalakkan amalan lestari.
FGV memaklumkan,peneroka FELDA dan pekebun kecil bebas sering berdepan dengan cabaran seperti pendapatan yang rendah,akses terhad kepada sumber dan latihan,serta kesukaran untuk memenuhi piawaian kelestarian industri.
"Menyedari cabaran ini,FGV berusaha membantu pekebun kecil dengan mengadakan kempen kesedaran dan program jangkauan yang meluas. Sokongan teknikal berkaitan agronomi serta latihan industri turut disediakan untuk meningkatkan kemampuan golongan ini," menurut FGV menerusi kenyataan.
FGV juga melaksanakan projek sokongan komuniti,termasuk penambahbaikan infrastruktur ladang dan penyediaan peluang pendidikan bagi memastikan pekebun kecil mampu memenuhi keperluan kelestarian serta terus berkembang dalam industri sawit yang semakin maju.