Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-14
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,14 September- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Bagi minggu yang baru berakhir ini,bank pusat memasuki pasaran setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menawarkan tender repo berbalik,repo berbalik semalaman dan repo berbalik Islam.
Lebihan tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM27.90 bilion daripada RM26.95 bilion pada minggu sebelumnya.
Dalam sistem Islam,lebihan mudah tunai meningkat kepada RM25.50 bilion daripada RM24.94 bilion.
Setakat 12 Sept,Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. - BERNAMA