Kerajaan Johor tidak terima laporan mengenai GISBH

2024-09-15     berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto FB Mohd Fared Mohd Khalid

JOHOR BAHRU,15 September- Kerajaan Johor telah bertemu dengan Cawangan Khas Bukit Aman untuk mendapatkan taklimat berhubung isu ajaran sesat Al–Arqam,yang didakwa mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor,Mohd Fared Mohd Khalid berkata,tiada laporan diterima pihaknya berhubung isu tersebut.

"Semakan mendapati pihak GISBH hanya menjalankan perniagaan di Johor.

"Sejak 2011 hingga kini,hanya empat kes berhubung fahaman Al–Arqam,direkodkan dalam negeri dan situasi berhubung penyebaran ajaran sesat adalah terkawal," katanya selepas merasmikan Penutupan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia 2024 di sini pagi tadi.

BERITA BERKAITAN:

JAKIM akan ambil tindakan terhadap GISBH

Anwar mahu siasatan kes GISBH disegerakan

JAIS pantau rapat aktiviti ahli GISBH

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.