Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-16
berita.rtm.gov.my
HaiPress

FOTO RTM
KOTA TINGGI,16 September- Pemangku Sultan Johor,Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berkenaan,menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor,di Kota Tinggi,pagi tadi.
Baginda diiringi Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi,bersama - sama Exco kerajaan negeri,dan Ahli Parlimen Kota Tinggi,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Sambutan disertai lebih 8,000 umat Islam,termasuk 50 kontinjen daripada jabatan kerajaan dan pihak swasta,berarak sejauh 1.3 kilometer dari Padang Awam Bukit Kerajaan,ke Masjid Bandar Kota Tinggi.
Perarakan turut melibatkan 45 anggota dan pegawai daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi.
Sambutan menyaksikan perarakan terbaik kerajaan dimenangi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri,manakala kategori swasta dimenangi Kumpulan Prasarana Rakyat Johor.
Acara sepanduk terbaik pula dimenangi Mukim Pengerang,manakala kategori pendidikan dimenangi Sekolah Agama Taman Kota Jaya.