Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-18
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto APM Perlis
KANGAR,18 September- Banjir di Perlis menyebabkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam tadi; melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Sena,Kangar dan PPS SK Arau,Perlis.
Pengarah JKM Perlis,Ku Chik Ku Mat Esa dalam kemaskini terkini memaklumkan,42 penduduk daripada 11 keluarga telah ditempatkan di kedua-dua PPS,setakat pada pukul 8.00 pagi tadi.
"PPS SK Arau mencatat penduduk paling ramai terjejas iaitu 29 penduduk daripada tujuh keluarga dari Kampung Titi Besi.
"Penduduk yang ditempatkan di PPS SK Sena dari sekitar Kampung Tok Kandang melibatkan 13 penduduk daripada empat keluarga " katanya menerusi kenyataan.
Tambahnya,lebih ramai penduduk dijangka ditempatkan di PPS berkenaan berikutan hujan lebat yang sedang melanda Perlis ketika ini,selain tambahan PPS akan diaktifkan berikutan beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air.
Terdahulu,hujan lebat selama beberapa hari sejak Isnin lalu telah menyebabkan banjir melanda negeri itu.
ARTIKEL BERKAITAN:
Banjir: Dua PPS dibuka di Perlis