Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-09-18
berita.rtm.gov.my
HaiPress

Foto MAIPs
KANGAR,18 September- Sebanyak 15 rumah terjejas akibat ribut yang melanda Perlis.
Ketua Pegawai EksekutifMajlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs),Mohd Nazim Mohd Noor berkata ia menyebabkan bumbung dan struktur rumah diterbangkan angin
"Antara kawasan terlibat,Beseri Sungai Paya,Kota Kayang,Wang Besar,Padang Melangit,Abi,Tok Kaya,Permatang Bongor,Bunga Emas,Kurong Batang,Wang Kelian,Long Boh,Behor Masjid dan Titi Tok Bandar.
"Bantuan bagi membaiki rumah yang terjejas sedang diselaras MAIPs dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdasarkan laporan dan tinjauan ke setiap rumah serta akan menyegerakan penyaluran bantuan.
"Penduduk yang terjejas akibat kejadian ribut diminta segera membuat laporan polis dan mengemukakan laporan berkenaan berserta gambar kejadian kepada JKM," katanya menerusi kenyataan.
Terdahulu,ribut selama tiga hari sehingga semalam menyebabkan penduduk di 15 kediaman di Perlis terjejas dengan bencana berkenaan.